
bertempat di masjid sg. mulia, gombak bt. 5.. pada tarikh 31 oktober 2009, jam 11.30am.. adik ketiga saya telah selamat diijabkabulkan dengan tunangan tercinta. alhamdulillah, majlis yang serba sederhana berjalan dengan lancar walaupun pada awalnya tetamu menunggu ketibaan pengantin perempuan agak lewat.
kami sekeluarga amat bersyukur kepada-Nya kerana akhirnya mereka disatukan jua, setelah mengharungi pelbagai dugaan & rintangan. hanya Allah saja yang tahu betapa kuatnya dugaan itu & betapa tabahnya mereka menghadapi semua itu. kami sekeluarga mendoakan agar rumahtangga ikin & naim akan berkekalan hendaknya, dilindungi Allah s.w.t. & diberkati dunia & akhirat. tahniah adikku, jadilah isteri yang solehah buat suamimu. kami bahagia melihat kalian bahagia.
majlis resepsi akan diadakan pada 21 november nanti. jadi kami sekeluarga agak sibuk membuat persiapan terakhir. gambar-gambar majlis pernikahan yang selebihnya sudah saya post di fb. sila-silalah menjamu mata yea :)



5 bugs:
serupa ngan muka kak nora la....anyway selamat pengantin baru...ikin-naim.
thx nad.. sama ker? hmm, sama maybe sbb dia dah tombam sket. dia ade wat operation sket kat perut before ari nikah. kene masuk air, masuk ubat.. body jadi kembang plaks..
tahniah ikin dan naim.
semoga ikatan kasih sayang kalian kekal selamanya.
congratess....
tahniah utk adik akk & pasangannya :))
Post a Comment